Tuesday, November 5, 2013

Halatuju Pendidikan Selepas SPM


Aliran Pendidikan Sekolah ke IPT
Klik pada image untuk lebih jelas

Ke arah mencapai cita-cita &kerjaya
Klik pada image untuk lebih jelas

Pemprofilan personalitikecenderungan kerjaya pelajar
Klik pada image untuk lebih jelas

Carta Halatuju Kerjaya
Klik pada image untuk lebih jelas


Sumber: 

Monday, November 4, 2013

Selamat berjaya buat calon SPM 2013 SMK Taman Damansara Aliff

UBK SMKTDA mengucapkan selamat menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 kepada semua calon  yang menjalani peperiksaan SPM bermula pada (06 November 2013).

Semoga berjaya diucapkan kepada semua calon.




Kami mendoakan sepanjang musim peperiksaan ini agar mudah-mudahan kalian akan dilapangkan dada dan diberikan ilham, juga dimudahkan urusan menjawab soalan dan membuat persediaan di hari-hari peperiksaan ini.

Kejayaan anda adalah harapan semua rakyat Malaysia. Kalian merupakan harapan negara dan pewaris generasi umat ini, maka teruskanlah tradisi kecemerlangan kalian sehingga menjejakkan kaki ke menara gading.

Perbanyakkan doa, di samping sikap bermaaf-maafan di kalangan rakan-rakan dan guru-guru di samping paling penting memohon berbanyak restu daripada ibu bapa dan penjaga.

Sunday, September 22, 2013


Setiap keluarga harus memiliki buku ini. "KELUARGA BAHAGIA dengan ASMA UL HUSNA" tulisan PROFESOR MADYA WAN MASERI WAN MOHD.
Jadikan terapi keluarga anda

TERAPI ASMA UL HUSNA (Menangani anak nakal-sentiasa berlindung kepada ALLAH) SIRI 1

Seringkali ibu bapa merungut perihal anak-anak..
"anak saya ni nakal sangat, susah nak kawal..."
"anak-anak saya mudah terpengaruh dengan kawan-kawan, saya tak tahu nak buat apa.."
"saya dan suami bekerja, tak ada masa nak tengok anak 24 jam.."

Terapi Asma Ul Husna yang dipetik daripada buku "KELUARGA BAHAGIA dengan ASMA UL HUSNA" tulisan PROFESOR MADYA WAN MASERI WAN MOHD...

Allah ya Hafiz yang maha memelihara dan ya Muhaimin yang maha melindungi sahaja yang mampu melindungi manusia daripada keingkaran dan kemurkaan Allah sambil berbicara..

"Ya Allah ya Hafiz ya Muhaimin, yang maha memelihara lagi maha melidungi anak-anakku daripada perkara yang mendatangkan kemarahan-Mu. Daku tidak berdaya dan tidak mampu melainkan dengan pertolongan-Mu"

jadikan amalan selepas setiap kali solat, dan lihat hasilnya...menakjubkan. Doa dengan yakin bahawa semuanya dalam izin Allah..

TIPS MENDIDIK ANAK...JOM BERAMAL


Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudaH besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya
#silakan share untuk manfaat kita bersama.. Inshaa Allah

Tuesday, September 17, 2013

PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL DAN SOKOLAH MENENGAH TEKNIK TAHUN 2014

PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TAHUN 2014 |
Permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik bagi sesi 2014 telah dibuka.
Murid-murid yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2013 adalah dipelawa untuk memohon ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik seluruh Malaysia bagi sesi pengambilan tahun 2014.
Tarikh Tutup Permohonan25 Disember 2013



Syarat Kemasukan Murid Ke Kolej Vokasional / SMT

Syarat Umum.
i  . Warganegara
ii . Tingkatan Tiga Tahun 2013
iii. Sihat dan Sesuai Fizikal
iv . Bebas daripada Penyakit Kronik

Tuesday, September 3, 2013

Permohonan Kemasukan SBP 2014 Tingkatan 1 dan 4 Online


Permohonan Kemasukan SBP 2014 Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 Dan 4 secara Online. Menerusi kenyataan rasmi dari Kementerian Pelajaran Malaysia, permohonan secara online Kemasukan Murid ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2014 akan dibuka pada 1 September 2013 hingga 15 Oktober 2013.




Cara Permohonan SBP 2014 Tingkatan 1 Dan 4 Online
Permohonan secara online akan dibuka mulai 1 September 2013 di laman
http://public.moe.gov.my/  atau http://www.moe.gov.my/



















Panduan atau Cara Memohon SBP 2014 Tingkatan 1 Dan 4 Online

Sebelum membuat permohonan, calon mestilah membaca buku panduan permohonan kemasukan ke SBP Tahun 2014.  Untuk dapatkan buku panduan sila klik
BUKU PANDUAN PERMOHONAN SBP 2014 ONLINE


Syarat Umum Kemasukan SBP 2014
  • Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
  • Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
  • Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
  • Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan
Syarat Minimum Kemasukan SBP Tingkatan 1
  • Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
  • Murid sekolah kebangsaan sahaja
  • Mencapai 5A atau 4A, 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A
  • Aktif dalam kokurikulum
Syarat Minimum Kemasukan SBP Tingkatan 4
  • Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
  • Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau bantuan kerajaan
  • Kelayakan akademik PMR seperti berikut:
    1. Sekurang-kurangnya gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Asing/Bahasa Antarabangsa.
    2. Mesti mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains
    3. Mendapat sekurang kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain
    4. Aktif dalam kokurikulum
Tarikh Tutup Permohonan
15 Oktober 2013


Monday, August 26, 2013

Wajah-wajah pelajar harapan sekolah (calon PMR 2013)

NURAMALIA IZZATI BINTI MOHD RAHIM 
3 ALIFF 1

MUHAMMAD ASYRAF BIN MUHAMMAD ALFIAN
3 ALIFF 1

NUR RAIHAN NAJAH BINTI TURIMAN
3 ALIFF 1

NUR SYARAFINA BINTI MAAROF
3 ALIFF 1

SYED FARID BIN SYED AZIS
3 ALIFF 1

SITI SARAH NURAMIRAH BINTI ABDUL RAHMAN
3 ALIFF 1

MUHAMMAD AMMAR NADHIR BIN AZHAR
3 ALIFF 1


NUR AFIQAH BINTI MOSTAMAN
3 ALIFF 1

Inilah wajah-wajah harapan sekolah dalam peperiksaan PMR yang semakin hampir, alirkan dan kongsi semangat kalian dengan sahabat-sahabat lain. Wajah-wajah inilah yang akan mengisi kepimpinan generasi akan datang, juga kepada calon-calon PMR yang lain, buat yang terbaik, peperiksaan hanya sekali seumur hidup, manfaatkan zaman remajamu sebaik mungkin. Jaga solat, jaga hubungan dengan Allah, ibu bapa, guru dan kawan-kawan. Pertingkatkan amalan. Mudah-mudahan dipermudahkan menjawab peperiksaan. Kami guru-guru sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian.







Sunday, August 25, 2013

Perbezaan Maksud Antara Sahabat, Kawan, Rakan Dan Kenalan

Perbezaan Maksud Antara Sahabat, Kawan, Rakan Dan Kenalan

Definisi kawan dan sahabat kadangkala dianggap mengelirukan bagi sesetengah individu. Berikut adalah definisi atau maksud bagi istilah sahabat, kawan, rakan dan kenalan.

Sahabat 
Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.

Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.

Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.

Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.

Kawan
Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.

Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Kita selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan .

Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.

Rakan

Rakan ialah perantaraan antara kawan daan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya.

Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas, boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan, bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak, dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya.

Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.

Kenalan
Kenalan mungkin wujud sebagai rakan. Contohnya rakan chatting, rakan siber dan rakan blogger. Apabila mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah kenalan. Kenalan adalah orang yang pernah berinteraksi dengan kita tetapi tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan sebenarnya. Kita perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan siber kerana, di luar alam siber, mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang kita pernah kenal di internet.

Kenalan boleh meluahkan perasaan mereka, masalah mereka kepada menerusi ruangan komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet, tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah.

Monday, July 29, 2013

Rahsia Bulan Kelahiran Mengikut Kajian Dato' Dr Fadzilah Kamsah


Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI
  • ·         Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • ·         Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • ·         Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • ·         Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • ·         Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • ·         Pandai mengambil hati orang lain.
  • ·         Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • ·         Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • ·         Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • ·         Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • ·         Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • ·         Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • ·         Suka duduk di rumah.
  • ·         Setia pada segala-galanya.
  • ·         Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • ·         Sifat cemburu yang sangat tinggi


FEBRUARI
  • ·         Berfikiran abstrak.
  • ·         Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • ·         Bijak dan pintar
  • ·         Berpewatakan yang mudah berubah.
  • ·         Mudah menawan orang lain.
  • ·         Agak pendiam.
  • ·         Pemalu dan rendah diri.
  • ·         Jujur dan setia pada segalanya.
  • ·         Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • ·         Tidak suka dikongkong.
  • ·         Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • ·         Suka kegiatan yang lasak.
  • ·         Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • ·         Mudah mempamerkan marahnya.
  • ·         Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • ·         Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • ·         Sangat berani dan suka memberontak.
  • ·         Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • ·         Pemerhatian yang tajam.
  • ·         Suka hiburan dan sukan.
  • ·         Suka benda yang bersifat seni.
  • ·         Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • ·         Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • ·         Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • ·         Belajar untuk mempamerkan emosi


MAC
  • ·         Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • ·         Mudah didampingi.
  • ·         Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • ·         Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • ·         Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • ·         Suka pada kedamaian.
  • ·         Sangat peka pada orang lain.
  • ·         Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • ·         Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • ·         Tahu membalas dan mengenang budi.
  • ·         Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • ·         Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • ·         Suka berangan-angan.
  • ·         Suka melancong.
  • ·         Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • ·         Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • ·         Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • ·         Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • ·         Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • ·         Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan


APRIL
  • ·         Sangat aktif dan dinamik.
  • ·         Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • ·         Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • ·         Punya daya mental yang sangat kuat.
  • ·         Suka diberi perhatian.
  • ·         Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  • ·         Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • ·         Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • ·         Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • ·         Emosi cepat terusik.
  • ·         Cuba kawal perasaan.
  • ·         Kecenderungan bersifat pendendam.
  • ·         Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • ·         Kuat daya ingatan.
  • ·         Gerak hati yang sangat kuat.
  • ·         Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • ·         Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • ·         Sangat cemburu dan terlalu cemburu


MEI
  • ·         Keras hati & tegas.
  • ·         Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • ·         Pemikiran yang tajam.
  • ·         Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • ·         Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
  • ·         Perasaan yang amat mendalam.
  • ·         Cantik dari segi mental & fizikal.
  • ·         Tidak perlu dimotivasikan.
  • ·         Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • ·         Mudah dipujuk.
  • ·         Bersikap sistematik (otak kiri).
  • ·         Suka berangan.
  • ·         Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • ·         Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • ·         Daya khayalan yang tinggi.
  • ·         Permikiran yang tajam.
  • ·         Pandai berdebat.
  • ·         Fizikal yang baik.
  • ·         Kelemahan sistem pernafasan.
  • ·         Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • ·         Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • ·         Tidak boleh duduk diam.
  • ·         Tidak punya ramai anak.
  • ·         Rajin dan bersemangat tinggi.
  • ·         Agak boros


JUN
  • ·         Berfikiran jauh & berwawasan.
  • ·         Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • ·         Berperangai lemah lembut.
  • ·         Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • ·         Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • ·         Bersikap sensitif.
  • ·         Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • ·         Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • ·         Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • ·         Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • ·         Cepat marah & cepat sejuk.
  • ·         Suka bercakap & berdebat.
  • ·         Suka buat lawak & bergurau.
  • ·         Otaknya cerdas berangan-angan.
  • ·         Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • ·         Seorang yang sangat tertib.
  • ·         Pandai mempamerkan sikap.
  • ·         Mudah kecil hati.
  • ·         Mudah kena selsema.
  • ·         Suka berkemas.
  • ·         Cepat rasa bosan.
  • ·         Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • ·         Kurang mempamerkan perasaan.
  • ·         Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • ·         Suka pada barang yang berjenama.
  • ·         Mudah menjadi eksekutif.
  • ·         Kedegilan yang tidak terkawal.
  • ·         Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.


JULAI
  • ·         Sangat suka didamping.
  • ·         Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • ·         Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • ·         Ada harga dan maruah diri.
  • ·         Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • ·         Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • ·         Sangat menjaga hati orang lain.
  • ·         Sangat peramah.
  • ·         Berjiwa sentimental.
  • ·         Jarang berdendam.
  • ·         Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • ·         Tidak suka benda remeh-temeh.
  • ·         Membimbing cara fizikal dan mental.
  • ·         Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • ·         Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • ·         Tinggi daya simpati.
  • ·         Pemerhatian yang tajam.
  • ·         Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • ·         Mudah dan rajin belajar.
  • ·         Suka muhasabah diri.
  • ·         Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • ·         Suka mendiamkan diri.
  • ·         Suka duduk di rumah.
  • ·         Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • ·         Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • ·         Lemah dari segi kesihatan perut.
  • ·         Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • ·         Minta disayangi.
  • ·         Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • ·         Terlalu mengambil berat.
  • ·         Rajin dalam membuat kerja


OGOS
  • ·         Suka berlawak.
  • ·         Mudah tertawan padanya.
  • ·         Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • ·         Berani dan tidak tahu takut.
  • ·         Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • ·         Pandai memujuk orang lain.
  • ·         Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • ·         Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • ·         Dahagakan pujian.
  • ·         Semangat juang yang luar biasa.
  • ·         Cepat marah & mudah mengamuk.
  • ·         Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • ·         Sangat cemburu.
  • ·         Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • ·         Cepat berfikir.
  • ·         Fikiran yang berdikari.
  • ·         Suka memimpin & dipimpin.
  • ·         Sifat suka berangan.
  • ·         Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • ·         Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • ·         Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • ·         Belajar untuk bertenang.
  • ·         Sikap kelam kabut.
  • ·         Romantik, pengasih dan penyayang.
  • ·         Suka mencari kawan


SEPTEMBER
  • ·         Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • ·         Sangat cermat, teliti & teratur.
  • ·         Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • ·         Pendiam tapi pandai bercakap.
  • ·         Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • ·         Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • ·         Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • ·         Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • ·         Seorang yang banyak berfikir.
  • ·         Daya pentaakulan yang baik.
  • ·         Otak bijak & mudah belajar.
  • ·         Suka mencari maklumat.
  • ·         Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • ·         Pandai mendorong diri sendiri.
  • ·         Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • ·         Suka sukan, hiburan & melancong.
  • ·         Kurang menunjukkan perasaannya.
  • ·         Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • ·         Terlalu memilih pasangan.
  • ·         Sukakan benda yang luas.
  • ·         Bersistematik


OKTOBER
  • ·         Suka berbual.
  • ·         Suka orang yang sayang padanya.
  • ·         Suka ambil jln tengah.
  • ·         Sangat menawan & sopan santun.
  • ·         Kecantikan luar & dalam.
  • ·         Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  • ·         Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • ·         Sentiasa berkawan.
  • ·         Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • ·         Cepat marah.
  • ·         Macam pentingkan diri sendiri.
  • ·         Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • ·         Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • ·         Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • ·         Emosi yang mudah terusik.
  • ·         Suka berangan & pandai bercakap.
  • ·         Emosi yang kelam kabut.
  • ·         Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • ·         Suka melancong, bidang sastera & seni.
  • ·         Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  • ·         Romantik dalam percintaan.
  • ·         Mudah terusik hati & cemburu.
  • ·         Ambil berat tentang orang lain.
  • ·         Suka kegiatan luar.
  • ·         Seorang yang adil.
  • ·         Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  • ·         Mudah patah semangat


NOVEMBER
  • ·         Banyak idea dalam perkara.
  • ·         Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • ·         Berfikiran kehadapan.
  • ·         Berfikiran unik dan bijak.
  • ·         Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • ·         Pemikiran yang tajam.
  • ·         Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • ·         Sesuai jadi seorang doktor.
  • ·         Cermat dan teliti.
  • ·         Personaliti yang dinamik.
  • ·         Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • ·         Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • ·         Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • ·         Terlalu degil dan keras hati.
  • ·         Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • ·         Tak suka marah kecuali digugat.
  • ·         Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • ·         Pandai muhasabah diri.
  • ·         Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • ·         Otak yang sangat tajam.
  • ·         Pandai mendorong diri sendiri.
  • ·         Tidak hargai pujian.
  • ·         Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • ·         Cuba sampai berjaya.
  • ·         Badan yang sasa.
  • ·         Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • ·         Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • ·         Suka duduk d irumah.
  • ·         Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • ·         Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • ·         Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • ·         Bercita-cita tinggi.
  • ·         Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


DISEMBER
  • ·         Sangat setia dan pemurah.
  • ·         Bersifat patriotik.
  • ·         Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • ·         Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • ·         Bercita-cita tinggi.
  • ·         Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • ·         Seronok bila didampingi.
  • ·         Suka bercampur dengan orang.
  • ·         Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • ·         Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • ·         Tidak pandai berpura-pura.
  • ·         Cepat marah.
  • ·         Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • ·         Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • ·         Benci pada kongkongan.
  • ·         Suka berlawak.
  • ·         Pandai buat lawak dan berfikiran logik